Bengkel Pemantapan Wilayah Lembah Kelang

Bertempat di Carlton Hotel & Suite, Shah Alam telah berlangsung Program Retreat Lembah Kelang 2014 yang bertemakan “Mendukung Visi & Misi AIM”.

Program berlangsung selama tiga hari, yang bermula yang bermula pada 14 Februari hingga 16 Februari 2014 melibatkan semua peringkat kakitangan di Cawangan Lembah Kelang termasuklah Pengurus wilayah dan juga Penolong Pengurus Wilayah.

Pelaksanaan program retreat ini adalah kelangsungan dan susulan kepada Program Retreat 2013 yang diadakan di Grand Lexis, Port Dickson pada bulan Disember 2013 yang lepas.

Objektif utama program retreat ini adalah untuk melaksanakan pelan yang dirancang dengan patuh berdasarkan Visi dan Misi AIM. Selain daripada itu, semua kakitangan juga perlu mengenal pasti isu dan permasalahan Wilayah dan Cawangan dengan lebih jelas.

Turut hadir pada program ini ialah Dr. Zubir Harun, Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Dr. A. Manaf Hussin, Timbalan Pengerusi Lembaga AIM, Norsharizal Masharin, Pengarah Urusan AIM, Nor Fazidah Kadri, Pengarah Bahagian Pengurusan Risiko dan Pembangunan Korporat (BPPK), Yaacob Omar, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan (BPKK), Rozita Muhamad, Ketua Zon Tengah/Selatan, Hajah Mazanah Abdul Ghani, Pengarah Malaysian Institute of Islamic Microfinances (MIIM) dan Hajah Jamilah Bisri, Ketua Zon Sabah.

{gallery alighment=left}bengkelpemantapanwilayahlembahkelang{/gallery}
Disediakan oleh: Mohd Safuan Ismail / Gambar: Sidek Abd Razak