Bengkel Kesedaran Pengurusan Risiko Peringkat Zon Selatan

Bengkel Pengurusan Risiko Peringkat Zon Selatan telah dilaksanakan pada 21-22hb April 2014 bertempat di Hotel Seri Malaysia Port Dickson. Bengkel ini adalah di bawah pengendalian Unit Pengurusan Risiko Dan Pematuhan (UPRP). Seramai 22 orang kakitangan yang terdiri daripada Pengurus Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan (Wakil Zon Selatan), Pengurus Wilayah, Penolong Pengurus Wilayah dan Pengurus Cawangan telah menyertai bengkel ini. Objektif Bengkel Kesedaran Pengurusan Risiko adalah :
i)          Memberi kefahaman dan kemahiran berkaitan penilaian risiko serta proses melaksanakan analisa risiko.
ii)         Memberi kefahaman untuk merangka, melaksana dan memantau pelan pengurusan risiko.
iii)        Mendedahkan para peserta bengkel dengan definisi terminologi dan proses-proses utama dalam pengurusan risiko.

Dalam bengkel ini, para peserta telah diberikan latihan berkaitan pengisian borang-borang kawalan UPRP dalam mengenal pasti, menganalisa, menilai dan mengendalikan risiko berdasarkan kepada piawaian antarabangsa iaitu ISO 31000 dan Committee Of Sponsoring Organization (COSO). Lantikan Jawatankuasa Pengurusan Peringkat Zon dan Wilayah (JPRZ/JPRZ) juga telah dilaksanakan dalam bengkel ini bagi memastikan perlaksanaan Polisi Pengurusan Risiko AIM dapat dipantau dan dilaksanakan melalui jawatankuasa yang dilantik.

Kerjasama dan komitmen yang tinggi diberikan oleh peserta telah melancarkan perjalanan bengkel selama dua (2) hari ini. Pihak UPRP akan meneruskan perlaksanaan Bengkel Kesedaran Pengurusan Risiko ke setiap Zon bagi memastikan setiap kakitangan di lapangan didedahkan dengan pemahaman berkaitan proses pengurusan risiko AIM.
{gallery alignment=centre}BengkelUPRPZonSelatan{/gallery}

Teks dan Gambar: Norbie Wahab

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: