Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Zon Utara

8 Ogos 2015, Sg. Petani, Kedah – Bertempat di Melaka Ballroom, Hotel Park Avenue telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 peringkat Zon Utara.

Majlis diadakan bertujuan meraikan kakitangan dan Cawangan serta Wilayah yang menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun 2014. Pada majlis ini, seramai 39 orang kakitangan mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Dalam majlis yang sama turut disampaikan pelbagai anugerah peringkat kakitangan dan Cawangan seperti kategori Anugerah Pinjaman Tertinggi, Pencapaian Kemasukan Sahabat Tertinggi, Keberkesanan Operasi Tertinggi (OE) serta Kakitangan Terbaik. 

Majlis penyampaian anugerah disampaikan oleh YBhg Dr. Zubir Harun, Pengerusi Lembaga AIM, turut menyampaikan anugerah di majlis tersebut En. Yaacob Omar, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan dan Hjh. Jamilah Bisri, Pengarah Bahagian Audit Dalaman. 

Kemeriahan majlis jelas terserlah dengan warna-warni sempena sambutan Aidilfitri dan persembahan oleh kakitangan serta pelbagai hidangan juadah Aidilfitri.

Teks & Foto :Sidek Abd Razak