Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Pahang

IMG 0590
30 Ogos 2014: Hotel M.S. Garden, Kuantan baru-baru ini telah menyaksikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Pahang. Sebanyak 79 anugerah diberikan kepada kakitangan dan cawangan yang telah memberikan komitmen dan menunjukkan prestasi kerja yang membanggakan. Berikut anugerah yang telah disampaikan:

•    Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (64 orang penerima)
•    Anugerah Perkhidmatan 10 Tahun (3 orang penerima)
•    Anugerah Pembantu Amanah Pengurusan Terbaik (3 orang penerima)
•    Anugerah Pembantu Amanah Sistem Terbaik (3 orang penerima)
•    Anugerah Cawangan Keberdikarian Operasi Terbaik (3 Cawangan)
•    Anugerah Cawangan Keberkesanan Kos Terbaik (3 Cawangan)

Pengurus Wilayah Pahang, En. Hasim Rajimun amat berbangga dengan pencapaian kakitangan AIM seluruh Pahang. Menurutnya, kerjasama kakitangan telah menjadikan AIM Wilayah Pahang lebih berdikari dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan AIM.

En. Norsharizal Mashahrin, Pengarah Urusan AIM, mengucapkan tahniah kepada kakitangan yang berjaya dan berjanji untuk membantu AIM Wilayah Pahang dalam pemberian dana dan peruntukan yang lebih besar, selaras dengan perkembangan AIM di peringkat wilayah.

Majlis lebih bermakna dengan kehadiran Dr Zubir Harun, Pengerusi Lembaga AIM yang telah sudi merasmikan majlis. Dalam ucapannya, beliau berkata, pihak pengurusan AIM akan sentiasa memastikan semua Pejabat Wilayah dapat melaksanakan tanggungjawab dalam menyalurkan pembiayaan kredit mikro kepada golongan yang memerlukan.  

Majlis turut dihadiri oleh Hj Mohamad Shahaimi Othman, Ahli Lembaga AIM, En. Yaacob Omar, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, En. Said Muhamad Khalil Abdul Madza, Pengarah Perkhidmatan Sumber Manusia dan Pentadbiran, serta En. Faizal Noor Laiman, Ketua Zon Tengah.

Diharap Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang AIM Wilayah Pahang melonjakkan semangat kakitangan lain untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dalam melaksanakan tanggungjawab mengurangkan kadar kemiskinan negara, khususnya di negeri ini. Galeri
Berita & Gambar oleh: Tajul Asrul Syah bin Mokhtar

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: