AIM TERIMA PENGIKTIRAFAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT ‘BEST ISLAMIC MICROFINANCE INSTITUTION 2014’

DSC 0141
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) buat kali kedua berturut-turut telah menerima pengiktirafan ‘Best Islamic Microfinance Institution 2014’ pada majlis Global Islamic Finance Awards (GIFA) pada 27 Oktober 2014 yang bertempat di The H Hotel, Dubai.

Majlis anjuran Edbiz Consulting yang berpangkalan di London ini merupakan platform untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan individu serta institusi dalam industri perkhidmatan kewangan Islam.

Pengiktirafan kepada AIM telah diterima oleh Dr. Zubir Harun, Pengerusi Lembaga AIM yang turut diiringi oleh Datuk Dr. A. Manaf Hussin, Timbalan Pengerusi Lembaga AIM. Delegasi AIM turut disertai oleh Tuan Haji Shahaimi Othman, Ahli Lembaga, En. Norsharizal Mashahrin, Pengarah Urusan dan En. Yaacob Omar, Pengarah Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan.

Melalui pengiktirafan ini, ia membuktikan bahawa praktis AIM di dalam industri kewangan Islam bagi skop mikro merupakan model yang boleh diangkat dan dijadikan contoh di peringkat antarabangsa. Galeri

Sumber berita: En. Yaacob b Omar / Disediakan oleh: Mohamad Aizuddin Sabarudin