AIM Terima Anugerah dalam Majlis Anugerah dan Penghargaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) 2014

SHAH ALAM, 12 Mac 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan Majlis Anugerah dan Penghargaan LZS 2014 bagi menghargai peranan dan kerjasama ejen kutipan dalam urusan pembayaran zakat di Selangor. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Orkid, Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Dalam majlis ini sebanyak sembilan anugerah terdiri dari 21 kategori dan tiga anugerah khas telah disampaikan. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah terpilih menerima Anugerah Pengurusan Zakat Melalui Potongan Gaji Terbaik 2014 (kategori Badan Berkanun).

Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa. Hadir menerima anugerah ini ialah Encik Yaacob Omar, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan. Dalam majlis yang sama, LZS turut melancarkan kempen Tambah Caruman Zakat melalui Potongan Gaji bagi menggalakkan pencarum zakat sedia ada menyemak semula jumlah potongan zakat mereka agar bertepatan dengan jumlah sebenar yang wajib dikeluarkan.



Disediakan oleh: Norazrul bin Mat Ros
Gambar oleh: Sidek bin Abd Razak