AIM Sabah Sahut Cabaran

Sasaran kerja 2014 adalah satu cabaran besar untuk dicapai, walau bagaimanapun, seluruh kakitangan AIM Sabah Barat dan Sabah Tengah menyahut cabaran pengurusan dengan memberi sepenuh komitmen melalui Retreat yang diadakan di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu pada 14 hingga 16 Mac 2014.

Cabaran ini dapat dilihat melalui pengembangan operasi AIM Sabah dengan penubuhan AIM Wilayah Sabah Tengah, Cawangan Kuala Penyu serta Cawangan Penampang. Secara tidak langsung peningkatan pengeluaran pembiayaan dan kemasukan sahabat baru menjadi faktor utama dalam mencapai kestabilan dan kelestarian AIM selari dengan Misi dan Visi.

Bagi mencapai sasaran ini, kakitangan perlu membentuk ekosistem yang komprehensif dengan menjalin hubungan kerjasama bersama beberapa agensi kerajaan antaranya MARA, Kolej Komuniti dan Jabatan Pertanian. Dalam menyahut cabaran ini, Pengarah Urusan AIM, En. Norsharizal Mashahrin menyeru kakitangan agar menjaga kualiti perkhidmatan dan perbelanjaan berhemah bagi mengekalkan kecemerlangan AIM dalam industri kredit mikro ini. AIM dijangkakan akan mengalami pertumbuhan pada kadar 15% berbanding tahun 2013, tambah beliau lagi.

Diakhir program, Pengerusi Lembaga AIM, YBhg Dr. Zubir Harun berharap kakitangan memberi komitmen yang tinggi dalam merealisasikan halatuju wilayah dan cawangan serta hasrat pengurusan dalam memastikan ekosistem yang dirangkakan dapat dilaksanakan dengan baik.

Turut hadir dalam program Retreat Sabah 2014, Ketua Pegawai Operasi, En. Halid Hasbullah Boestamam, Pengarah Bahagian Pengurusan Risiko dan Pembangunan Korporat, Pn. Nor Fazidah Kadri, Pengarah Malaysian Institute of Islamic Microfinance (MIIM), Hajah Mazanah Abd. Ghani, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, En. Yaacob Omar, Ketua Zon Sabah, Hajah Jamilah Bisri dan juga Pengurusan Kanan AIM.
{gallery alignment=center}AIMSabahSahutCabaran{/gallery}
Teks dan Gambar Oleh: Sidek Abd Razak

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: