AIM BERSAMA MASYARAKAT

Peranan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam menyediakan pembiayaan kredit mikro kepada isirumah miskin telah mencapai 27 tahun. Sokongan dan penglibatan masyarakat dalam usaha AIM mencapai misi dan visi adalah amat dihargai.

IMG 0120

Sejajar dengan peranan AIM kepada masyarakat, pada 8 Oktober 2014 bersamaan 13 Zulhijjah 1435h telah berlangsung satu program mendekati masyarakat iaitu Program Penghayatan Qurban. Program ini dianjurkan oleh AIM Zon Selatan dengan kerjasama masyarakat Taman AIkka, Senggarang serta Sahabat-sahabat AIM Cawangan Batu Pahat.

Program ini dihadiri lebih 200 orang Sahabat, penduduk Taman Aikka serta tetamu jemputan Encik Yaacob Omar, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, Hajah Mazanah Abdul Ghani, Pengarah Malaysian Institute of Islamic Microfinance serta penceramah jemputan, Ustaz Mhd A. Wahid Hj. Ibrahim.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Rozita Muhamad, Ketua Zon Selatan. Dalam ucapan perasmian, beliau melahirkan rasa bangga atas kerjasama yang diberikan oleh masyarakat setempat dalam menjayakan Program Penghayatan Qurban ini. Program seumpama ini diharapkan dapat mendekatkan lagi AIM kepada masyarakat seterusnya menjadi platform untuk AIM kekal relevan dalam usaha membantu masyarakat.

Program ini turut diberi pengisian slot ceramah berkaitan kelebihan amalan qurban yang disampaikan oleh Ustaz Mhd A. Wahid Hj. Ibrahim. Beliau banyak menyentuh kefahaman dari sudut kerohanian dalam menghayati ibadah qurban yang dilaksanakan saban tahun.   

Sebelum majlis perasmian, sesi penyembelihan empat ekor lembu untuk ibadah qurban telah dilaksanakan secara bergotong-royong oleh penduduk sekitar dan kakitangan AIM Cawangan Batu Pahat. Galeri
Berita & Gambar: Sidek Abd Razak

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: