700 Tetamu Meriahkan Majlis Aidilfitri Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia

Disediakan oleh: Saipul Nizam Mat

Kakitangan AIM sibuk menyiapkan KioskKeindahan Syawal masih terasa walaupun kita kian menghampiri penghujungnya. Syawal disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan kemeriahan terutama dikala berkumpul bersama sanak saudara dan juga sahabat handai. Dalam kesempatan Syawal ini, Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Pejabat Wilayah Lembah Kelangmenganjurkan Program Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri.

Seramai lebih kurang 700 tetamu telah memeriahkan Majlis Aidilfitri 2013 yang diadakan di Perkarangan Menara Amanah Ikhtiar di sini pada 29 Ogos 2013.Persiapan rapi oleh jawatankuasa majlis yang dilantik membuatkan majlis ini berjalan dengan lancar dengan juadah-juadah istimewa bertepatan dengan tema sambutan hari raya. Sambutan majlis ini didahului dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan Pengarah Urusan AIM, Datuk Hajah Zabidah Ismail serta Ucapan daripada Yang Hormat Dato’ Amihamzah Ahmad, Pengerusi Lembaga AIM.

Dalam ucapan Pengarah Urusan, beliau mengharapkan majlis ini berupaya mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan antara kakitangan AIM dan masyarakat setempat serta tetamu luar. Manakala YH Dato’ Pengerusi berpesan supaya kakitangan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, seiring dengan proses transformasi AIM.

IMG 0181
Majlis ini telah dihadiri oleh semua kakitangan Ibu Pejabat dan Pejabat AIM Lembah Kelang. Turut serta hadir dalam majlis ini adalah Yang Hormat Dato’ Amihamzah Ahmad, Pengerusi Lembaga AIM bersama isteri dan beberapa Ahli Lembaga AIM seperti YBhg Datuk A. Manaf Husin, Dr. Zubir Harun serta Hajah Normi Nordin.

Majlis ini merupakan salah salah satu aktiviti tahunan sempena kedatangan Syawal dan juga berkongsi kemeriahan sambutan Aidilfitri. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri diserikan lagi dengan pertandingan kiosk terbaik.

Program sebegini diharap dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara Pengurusan AIM, kakitangan dengan komuniti setempat dan juga dengan agensi-agensi luar yang saling berhubungan dengan AIM.

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: