2014 Ke Arah Transformasi Ekosistem AIM

Disediakan oleh: Nurul Izwanie Hashim

Bergerak ke arah yang lebih positif. Itu antara ungkapan yang disuarakan oleh Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Dr. Zubir Harun ketika berucap pada Program Retreat Pengurusan (Visi & Misi) AIM 2014.

Program yang diadakan selama dua hari bermula 4 hingga 5 Februari 2014 itu dihadiri oleh 40 orang peserta termasuk Pengarah Urusan, Encik Norsharizal Mashahrin. Berlangsung dengan lancar di Carlton Holiday Hotel & Suite Shah Alam, program ini diadakan bagi memperhalusi visi dan misi AIM ke arah yang lebih berketrampilan.Perbincangan telah diagihkan kepada enam kumpulan dan mereka dikehendaki membincangkan strategi yang relevan bagi memastikan visi dan misi yang telah ditetapkan mencapai matlamat dan objektifnya.

Pada dasarnya, program retreat ini merupakan lanjutan daripada program retreat yang telah diadakan sebelum ini di Hotel Grand Lexis, Port Dickson. Retreat pada kali ini hanya melibatkan Pengerusi Lembaga AIM, Pengarah Urusan, serta pihak pengurusan di peringkat ibu pejabat, jabatan dan wilayah.

Pada program yang sama, Dr. Zubir turut menyatakan hasrat beliau agar semua kakitangan AIM bekerja dengan lebih gigih bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Bak kata pepatah, “Sediakan payung sebelum hujan”. Bagi mencapai hasrat ini, beliau berjanji akan sentiasa bersama AIM demi memastikan visi dan misi yang telah dipersetujui sentiasa relevan seiring dengan pembangunan AIM yang bergerak ke arah sebuah Institusi Mikro Kewangan Islam yang berdikari pada masa akan datang.
{gallery aligment=centre}retreat{/gallery}

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: